Friday 11 January 2013

HITAM PUTIH DUNIAKU

HITAM PUTIH DUNIAKU:  Perjalanan nak jadi peguam : Sejak sekolah menengah saya telah berminat untuk bergelar seorang peguam...seringkali berb...

Perjuangan yang belum pasti... : diari hidup seorang pengamal undang-undang

Perjuangan yang belum pasti... : diari hidup seorang pengamal undang-undang: bukan senang nak menjadi pengamal undang-undang...sangat memerlukan kesabaran yang kuat dan keyakinan yang tinggi...saya seorang pengamal un...

Hitam Putih Duniaku

Hitam Putih Duniaku: Perjalanan nak jadi peguam: Sejak sekolah menengah saya telah berminat untuk bergelar seorang peguam...seringkali berbalah tentang beberapa isu dengan teman baik diseko...

Thursday 10 January 2013

Perjalanan menuju ke profesion guaman

Sejak sekolah menengah saya telah berminat untuk bergelar seorang peguam...seringkali berbalah tentang beberapa isu dengan teman baik disekolah konon-kononnya sebagai seorang peguam.
Keputusan PMR agak baik dan saya memilih untuk mengambil jurusan sains ketika ditingkatan 4. Kata orang sesiapa yang ingin menjadi seorang peguam perlu memilih jurusan sastera. Itu kata orang.. sebenarnya tidak...
Untuk menjadi seorang peguam, 3 subjek penting yang perlu diberi perhatian ialah bahasa melayu, bahasa Inggeris dan Matematik. Sama ada anda berada di jurusan sains atau sastera anda masih boleh menjadi seorang peguam kerana subjek-subjek tersebut sememangnya ada pada kedua-dua jurusan.Kenapa matematik? Peguam kan tidak perlu mengira...sebenarnya matematik adalah kunci untuk memasuki mana-mana universiti dalam apa-apa jurusan pun..Tanpa matematik, anda tidak boleh pergi ke mana-mana universiti pun... Tapi itu dulu sebelum kolej-kolej dan universiti swasta berkembang dengan pesat. Sekarang asalkan ada duit, walaupun tak lulus subjek-subjek tersebut, siapa-siapa pun boleh sambung belajar. Untung betul budak-budak zaman sekarang.
Siapa kata untuk jadi peguam anda perlu 'score' subjek sejarah? tak perlu pun...Menjadi seorang peguam memang perlu membaca tapi bukan menghafal. Konon-kononnya jika kita pandai sejarah, kita boleh menjadi peguam. Apa kena mengena peguam dengan subjek sejarah?
Keputusan SPM saya juga agak baik. Walaupun dalam jurusan sains, saya memohon untuk mengambil jurusan matrikulasi undang-undang di UiTM sebagai pilihan pertama.
Alhamdulillah diterima dan seterusnya berjaya melepasi matrikulasi undang-undang di UiTM Shah Alam.
Setelah selesai matrikulasi, memohon pula untuk melanjutkan pelajaran dengan ijazah sarjana muda juga di UiTM. Alhamdulillah berjaya juga diterima dan seterusnya menggenggam segulung ijazah sarjana muda  undang-undang (am) di UiTM.
Berbeza dengan universiti lain, untuk layak menjadi seorang peguam lulusan dari UiTM, anda masih perlu meneruskan dengan ijazah sarjana muda undang-undang (kepujian) pula. Setakat mempunyai ijazah sarjana muda undang-undang (am), anda tidak layak untuk menjadi pelatih dalam kamar pun..(chambering pupil). Pada zaman saya, bukan semua yang lulus ijazah sarjana muda undang-undang (am) layak diterima untuk meneruskan dengan ijazah sarjana muda undang-undang (kepujian). Ada  yang setelah 3 tahun baru diterima masuk untuk program ini. Program ini hanya ada di UiTM dan tidak seperti di universiti lain yang terus tamat dengan ijazah sarjana muda undang-undang (kepujian) tanpa sarjana am. Itu untungnya belajar di universiti lain tetapi istimewanya belajar di UiTM kerana anda akan terdedah dengan tugas-tugas sebenar seorang peguam di program ini. Saya tak pasti sama ada UiTM masih meneruskan konsep seperti ini atau tidak. .
Sepanjang berada di UiTM Shah Alam..terlalu banyak kenangan manis dan pahit yang saya lalui bersama teman-teman. Ada teman-teman yang tercicir ditengah jalan dan tidak dapat meneruskan pengajian. Bukan senang untuk mendapatkan ijazah sarjana muda dalam jurusan undang-undang ini. Ramai kawan-kawan saya yang tercicir walaupun baru berada di matrikulasi undang-undang. Saya akan ceritakan pengalaman-pengalaman saya ketika belajar di masa akan datang.
Saya berjaya meneruskan program ijazah sarjana muda undang-undang (kepujian) dan berjaya juga menamatkan pengajian dengan baik. Akhirnya cita-cita untuk menjadi seorang peguam semakin hampir.
Saya kemudian meneruskan chambering selama 9 bulan yang wajib untuk bergelar seorang peguam. Kalau nak tahu apa yang harus dilakukan semasa chambering..saya akan ceritakan pada masa akan datang.. Banyak yang harus anda lalui ketika chambering dan banyak borang-borang yang perlu diisi untuk diterima masuk sebagai seorang peguam... agak memenatkan dan memeningkan juga...
Akhirnya selesai juga...dan saya diterima masuk sebagai seorang peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya..tapi perjalanan saya masih panjang...

diari hidup seorang pengamal undang-undang

bukan senang nak menjadi pengamal undang-undang...sangat memerlukan kesabaran yang kuat dan keyakinan yang tinggi...saya seorang pengamal undang-undang dimahkamah..hari-hari berdepan dengan pesalah jenayah..