Thursday 10 January 2013

Perjalanan menuju ke profesion guaman

Sejak sekolah menengah saya telah berminat untuk bergelar seorang peguam...seringkali berbalah tentang beberapa isu dengan teman baik disekolah konon-kononnya sebagai seorang peguam.
Keputusan PMR agak baik dan saya memilih untuk mengambil jurusan sains ketika ditingkatan 4. Kata orang sesiapa yang ingin menjadi seorang peguam perlu memilih jurusan sastera. Itu kata orang.. sebenarnya tidak...
Untuk menjadi seorang peguam, 3 subjek penting yang perlu diberi perhatian ialah bahasa melayu, bahasa Inggeris dan Matematik. Sama ada anda berada di jurusan sains atau sastera anda masih boleh menjadi seorang peguam kerana subjek-subjek tersebut sememangnya ada pada kedua-dua jurusan.Kenapa matematik? Peguam kan tidak perlu mengira...sebenarnya matematik adalah kunci untuk memasuki mana-mana universiti dalam apa-apa jurusan pun..Tanpa matematik, anda tidak boleh pergi ke mana-mana universiti pun... Tapi itu dulu sebelum kolej-kolej dan universiti swasta berkembang dengan pesat. Sekarang asalkan ada duit, walaupun tak lulus subjek-subjek tersebut, siapa-siapa pun boleh sambung belajar. Untung betul budak-budak zaman sekarang.
Siapa kata untuk jadi peguam anda perlu 'score' subjek sejarah? tak perlu pun...Menjadi seorang peguam memang perlu membaca tapi bukan menghafal. Konon-kononnya jika kita pandai sejarah, kita boleh menjadi peguam. Apa kena mengena peguam dengan subjek sejarah?
Keputusan SPM saya juga agak baik. Walaupun dalam jurusan sains, saya memohon untuk mengambil jurusan matrikulasi undang-undang di UiTM sebagai pilihan pertama.
Alhamdulillah diterima dan seterusnya berjaya melepasi matrikulasi undang-undang di UiTM Shah Alam.
Setelah selesai matrikulasi, memohon pula untuk melanjutkan pelajaran dengan ijazah sarjana muda juga di UiTM. Alhamdulillah berjaya juga diterima dan seterusnya menggenggam segulung ijazah sarjana muda  undang-undang (am) di UiTM.
Berbeza dengan universiti lain, untuk layak menjadi seorang peguam lulusan dari UiTM, anda masih perlu meneruskan dengan ijazah sarjana muda undang-undang (kepujian) pula. Setakat mempunyai ijazah sarjana muda undang-undang (am), anda tidak layak untuk menjadi pelatih dalam kamar pun..(chambering pupil). Pada zaman saya, bukan semua yang lulus ijazah sarjana muda undang-undang (am) layak diterima untuk meneruskan dengan ijazah sarjana muda undang-undang (kepujian). Ada  yang setelah 3 tahun baru diterima masuk untuk program ini. Program ini hanya ada di UiTM dan tidak seperti di universiti lain yang terus tamat dengan ijazah sarjana muda undang-undang (kepujian) tanpa sarjana am. Itu untungnya belajar di universiti lain tetapi istimewanya belajar di UiTM kerana anda akan terdedah dengan tugas-tugas sebenar seorang peguam di program ini. Saya tak pasti sama ada UiTM masih meneruskan konsep seperti ini atau tidak. .
Sepanjang berada di UiTM Shah Alam..terlalu banyak kenangan manis dan pahit yang saya lalui bersama teman-teman. Ada teman-teman yang tercicir ditengah jalan dan tidak dapat meneruskan pengajian. Bukan senang untuk mendapatkan ijazah sarjana muda dalam jurusan undang-undang ini. Ramai kawan-kawan saya yang tercicir walaupun baru berada di matrikulasi undang-undang. Saya akan ceritakan pengalaman-pengalaman saya ketika belajar di masa akan datang.
Saya berjaya meneruskan program ijazah sarjana muda undang-undang (kepujian) dan berjaya juga menamatkan pengajian dengan baik. Akhirnya cita-cita untuk menjadi seorang peguam semakin hampir.
Saya kemudian meneruskan chambering selama 9 bulan yang wajib untuk bergelar seorang peguam. Kalau nak tahu apa yang harus dilakukan semasa chambering..saya akan ceritakan pada masa akan datang.. Banyak yang harus anda lalui ketika chambering dan banyak borang-borang yang perlu diisi untuk diterima masuk sebagai seorang peguam... agak memenatkan dan memeningkan juga...
Akhirnya selesai juga...dan saya diterima masuk sebagai seorang peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya..tapi perjalanan saya masih panjang...

86 comments:

  1. Saya pun berminat nak jadi peguam, saya masih besekolah menengah. Saya memang dah tekad dan nekad untuk meneruskan cita-cita saya, tetapi kadang-kadang rakan-rakan mengecilkan jurusan ini kerana pada mereka, peguam senang masuk neraka.. Kadang-kadang saya hampur putus semangat untuk menjadi peguam. Tetapi alhamdulillah, kini saya telah bulat hati untuk meneruskan cita-cita saya hingga ke menara gading :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukati jer claim penguam senang masuk neraka. Ei apa punya mentaliti ah mereka ni.Memang akan masuk neraka KALAU penguam tu pertahankan benda yg salah ,makan rasuah sume tapi pandai2 kita la an nak elak drpd sume tu.teruskan jer cita 2 anda

      Delete
    2. Saya pon kadang kecik hati dengan mentaliti diorang yang asyik pandang serong pada peguam

      Delete
  2. Saya juga berminat untuk menjadi seorang peguam. Namun, ibu saya menegaskan bahawa menjadi seorang peguam adalah tidak digalakkan kerana menurut hukum Islam, menjadi seorang peguamlah yang meluaskan gejala rasuah dan penipuan. Saya juga telah mengisi beberapa ujian, dan hampir kesmua ujian mengatakan bahawa saya lebih berminat ke arah bidang perubatan.Jadi saya agak keliru dalam pemilihan kerjaya ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak jadi peguam..tp tidak digalakkan kerana meluaskan gejala rasuah dan penipuan? peguam syarie kan ada..peguam syarie hanya mengikut hukum syarak..jd takpelah kalau nak jadi peguam syarie..

      Delete
    2. nak jadi peguam..tp tidak digalakkan kerana meluaskan gejala rasuah dan penipuan? peguam syarie kan ada..peguam syarie hanya mengikut hukum syarak..jd takpelah kalau nak jadi peguam syarie..

      Delete
  3. asslm..saya tertarik dgn hujah anonymous diatas...sy sbnrnya baru shja tamat program tiga tahun sarjana muda pengajian undang-undang di uitm dan sedang menunggu keputusan peperiksaan akhir dan keputusan sama ada layak atau tidak menyambung pengajian sarjana muda undang-undang untuk satu tahun lg...sy agak kesal kerana masih ada masyarakat kita yg berfikiran cetek dan menghukum pengamal undang-undang dengan berbagai gelaran misalannya sebagai ahli neraka..wajarlah sekiranya saya tegaskan disini bhwa selain nabi2 dan beberapa shbt yg telah dijanjikan syurga...manusia2 biasa sprti kita msg2 mempunyai 50-50 peuang ke syurga atau neraka..smuanya brgantung kpda amal kebajikan didunia ini...tidak timbul isu jika menjadi peguam sebelah kaki sudah berada didalam neraka...adakah mereka yg berpandangan sebegini sgt pasti bahawa mereka sudah mempunyai tmpt di syurga...menjadi seorang muslim hanya melayakkan kita untuk dihisab...bukan jaminan pasti syurga atau neraka...yg maha mengetahui hanya allah s.w.t...pekerjaan apa sekalipun bergantung kepada niat dan bagaimana kita menanganinya...msrkt juga harus sdr bhwa pgml undang-undang ini luas bidang kerjanya...ada yg mjdi hakim, pendakwaraya, peguambela, peguamcara, dan sbgainya...mereka2 yg dihina ini jugalah yg menjalankan pendakwaan kepada tertuduh bg menjamin keselamatan dan kelangsungan hdup msyrkt...cuba bayangkan jika tiadanya sistem perundangan...bagaimana agaknya hidup sesuatu msyrkt itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peguam masih okay jika dibanding pendawaraya. Pendakwaraya selalunya akan memastikan org yg dituduh itu bersalah walau dia tahu sebaliknya. Org yg mcm ni, confirm ke neraka jika tidak taubat.

      Delete
    2. pendakwaraya adalah di pihak pendakwaan...mereka meneliti bukti serta saksi yang dikemuka dan ditemui ketika proses siasata..jika suatu kes didapati tidak kuat maka pilihan yg ada adalah NFA..tidak timbul salahlaku jika tugas yg dijalankan ikhlas..jika tiada pihak pendakwaan, siapa yg harus pikul tanggungjawab itu...???

      Delete
  4. assalamualaikum . bole ke lepasan asasi sains uitm mohon law ?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.. saya minat jurusan undang2.. skrg ni saya ting 3 dan taun dpn saya ting 4.. Kalau saya masuk Perinsip Akaun, boleh ke saya masuk Undang2 ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum. Saya berminat untuk menjadi peguam:')) . Susah tak nak jadi lawyer? Maksud saya dari segi pembelajaran nya nanti apabila di university??

      Delete
  6. Ulasan yang sangat menarik. Tahniah di atas kejayaan anda!

    ReplyDelete
  7. Assalam..terima kasih atas info..saya bercita-cita utk menjadi peguam dan sedang memulakan langkah pertama..nak tolong rakyat yg ditindas hak mereka dgn bayaran yg rendah..doakan saya ya..:)

    ReplyDelete
  8. Tumpg tanye . saya sgt berminat nk ambil law. Walaupun ramai org xsetuju. Sbb dorg kata law ni pecah otak. Tapi saya xnak jd peguam n pensyarah. Ade kerjaya lain x?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, saya baru sahaja mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2014. Namun, saya sangat meminati bidang guaman ini. Boleh saya tahu apa yang sepatutnya saya lakukan selepas ini? Di manakah saya boleh mencapai impian itu ye? Saya merupakan pelajar aliran sains.

    ReplyDelete
  10. Salam,,mula2 bla mak sy tau yg sy nk jdi peguam,,mak sy ktĂ  x pyh n my sister ckp rmai lepasan universiti yg kluar smuanya mngganggur n slh 1 nya disbabkn jurusan undang2 nie jgk,,adakah pyh utk mnjadi seorg peguam bb sy amat meminati bidang nie lgpun bla thun sy nnti bm,bi,math,sains n sjrah halus lulis jika nk jdi peguam,,prlu ka smua tu??

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum... Nak tanya soalan tentang bagaimana nak keep up keinginan untuk ambil jurusan undang2 walaupun diperkecilkan orang lain? Saya budak sains di SM and selalu dinasihatkan untuk ambil engineering atau doctor or architect.rakan2 juga tak yakin dengan kebolehan saya kerana perwatakan saya yang lembut dan pendiam...boleh comment sikit tak?

    ReplyDelete
  12. Peguam masih okay jika dibanding pendawaraya. Pendakwaraya selalunya akan memastikan org yg dituduh itu bersalah walau dia tahu sebaliknya. Org yg mcm ni, confirm ke neraka jika tidak taubat.

    ReplyDelete
  13. Nak tanya sikit.
    Kalau nak jadi peguam, matrikulasi ambil sains ke? Perakaunan?
    Saya pelajar aliran sains without ubject perakaunan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! Jika anda ingin lanjutkan pelajaran ke dalam bidang undang-undang, anda tidak perlu ke program matrikulasi sains/account. hanya perlu masuk ke program asasi/foundation undang-undang.

      Delete
  14. Saya tidak layak untuk apply asasi undang-undang dekat UITM. Jadi saya nak tanya ada cara lain nak start jurusan undang-undang tak selain melalui asasi. DIploma undang-undang ke ? Atau apa-apa diploma jurusan lain yang boleh ke arah undag-undang. Harap soalan saya dijawab. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. another way to get into law school is to do STPM and then re-apply through UPU for that law degree.

      Delete
    2. ambil je diploma confirm lulus di uitm iaitu diploma pentadbiran awam atau dpa...lps tu boleh sambung ekonomi...undang2...perakaunan...business admin...pentadbiran awam...pengurusan atau pendidikan di peringkat sarjanamuda

      Delete
  15. Ambik diploma pentadbiran awam di uitm. Nanti boleh sambung ijazah undang- undang. Kalau skor

    ReplyDelete
  16. Ambik diploma pentadbiran awam di uitm. Nanti boleh sambung ijazah undang- undang. Kalau skor

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole je, janji pointer cgpa 3.00 n above, muet wajib at least band 4 and ke atas dan lulus interview, jgn risau interview ni x susah sgt, janji jawab dgn jujur, sbb ikut pengalaman ada juga kwn yg gagal interview walaupun pointer cgpa n muet dah lepas

      Delete
  17. assalamualaikum, saya sekarang sedang belajar law di salah sebuah u tempatan.lepas tmat spm, saya amek sains di matrikulasi. sejak kecil, saya memang nak amek law tapi sejak amek sains, minat saya cenderung ke arah sains..malangnya saya gagal utk amek mane2 kos sains yg saya minati dan saya dapat law.jadi saya dah kurang minat law, pointer pon ckup2 makan jer..adakah saya layak untuk teruskan kursus ini sedangkan masih ramai yang mahukan kursus ini? saya mohon pandangan..terima kasih

    ReplyDelete
  18. aslm nak tanya sikit ni...bleh ke kita ambil bidang law tapi math kita tak berapa nak ok sangat..? maksudnya saya subject lain ok kecuali subjek math???bleh ke kita ambil jurusan law??

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum, saya nak tanya, boleh ke jadi peguambela dan pendakwaraya pada masa yang sama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, tidak boleh jadi pada masa yang sama kerana peguambela dan peguamcara bekerja di firma guaman (private sector) manakala pendakwaraya /timbalan pendakwaraya bekerja di Jabatan Peguam Negara (govt)

      Delete
  20. Assalamualaikum.nak tanye pendakwa raya ni peguam ke sbb slalu dengar org panggil pendakwa raya as prosecuting attorney and kalau nak jadi pendakwa raya ni perlu chambering ke?

    ReplyDelete
  21. Assalamulaikum .saya nak tanya bgi memohon jurusan undng-undang, jika sewaktu spm bahasa inggeris hanya kredit . sewaktu di stpm untuk muet kene dapat band 4 yeaa ? . then , kalau nak mohon degree , di mana-mana uni bagi bidang undang2 untuk subjek inggeris ketika spm dilihat jugak ke mcm mne? atau hanya muet sahaja dipertimbangkan ? terima kasih .:), saya menunggu jawapannya .

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum..sya ne bru msuk dlm pengajian undang² tpi apa yg sya tgk syarat nk jdi seorang peguam bkn mdh byk yg prlu kita lalui sbelum diiktiraf mnjdi peguam..jdi apakah tips atau cdangan yg blh dberikan agar cita² dpt dicapai kerana sya bkn dri seorang yg bijak dlm akademik spm sya hnya ckup syarat shja..

    ReplyDelete
  24. Salam . Nak tanya.. kalau lepasan diploma pentadbiran am uitm boleh ke nak ambik law kat uitm? Susah tak?.. ada tak student law batch awak yang from diploma?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya second year law student yang dulunya dip in hr ✌🏻 bagi saya tak susah sebab bila kota start degree in law , memang akan mula belajar dari awal . Contohnya time sem 1 kita akan diperkenalkan dengan sistem undang-undang kat malaysia , subjek Malaysian Legal System . So tak susah untuk student dip ke stpm ke untuk amik law degree in law . All the best !

      Delete
  25. Salam . Nak tanya.. kalau lepasan diploma pentadbiran am uitm boleh ke nak ambik law kat uitm? Susah tak?.. ada tak student law batch awak yang from diploma?

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum..selalunya subjek apa yg harus diberi perhatian untuk skor waktu form 6 untk ambik law?

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. Salam...

    Setelah lebih 7 tahun saya mengerah keringat dalam industri perkapalan, bermula daripada pekerjaan kelas bawahan hingga sekarang saya sudah berjaya menyemat baju berpangkat dalam kerjaya saya yang menjanjikan bayaran gaji mencecah puluhan ribu ringgit sebulan, namun, bukan kerjaya ini yang saya kehendaki..semuanya bermula atas desakan hidup. Kemiskinan keluarga menyebabkan saya memilih ilmu pelayaran, sejurus, menjebakkan saya kedalam kancah pekerjaan pelayaran. Saya memperoleh keputusan yang amat baik dalam SPM pada tahun 2006 dengan keputusan 10A1..namun, akibat desakan ibu, juga kekangan kewangan berlandaskan kemiskinan hidup, saya mengambil jalan pantas dengan memohon memasuki Akademi Laut Malaysia (ALAM) pada 2007 dan menamatkan pengajian pada 2010 seterusnya terus diserap masuk bekerja sebagai pegawai bawahan..sepanjang pengajian saya, alhamdulillah saya mendapat tajaan dibawah program "sponsored cadetship"..maka dengan itu, secara asasnya saya tidak mengeluarkan barang sesen pun dpd poket saya, bahkan semuanya ditanggung dibawah tajaan tersebut. Secara tak langsung, saya dapat ringankan beban ibu bapa saya daripada menanggung kos lanjutan pembelajaran saya, dimasa itu mereka masih menyara 2 lagi adik lelaki saya..sementelah 9 tahun berlalu, ibu bapa saya kedua2nya telah kembali ke rahmatullah..adik2 saya pula telah berjaya mendapatkan pekerjaan masing2..alhamdulillah, berkat usaha ibu bapa saya dan usaha gigih saya dalam pelajaran, kami telah keluar dpd belenggu kemiskinan...namun, saya kini walaupun telah berstatus bekerja tetap, saya tidak pernah melupakan hasrat saya untuk nenyambung pelajaran saya dan capai impian saya untuk menjadi seorg peguam..saya berkongsi kisah saya ini bertujuan untuk menyedarkan saudara2 diluar sana, walaupun kita sudah berkerja, kita masih boleh teruskan niat kita untuk menyambung pelajaran..tekadkan niat dan berusaha..

    P/s: boleh tinggalkan komen bagaimana nak buat PJJ dalam diploma undang2, universiti mana yang menawarkan kursus PJJ ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Saya tertarik dengan kisah yang anda ceritakan. So adakah awak berjaya capai impian awak sebagai pelajar undang undang sekarang? Boleh kongsikan kepada saya umur berapa awak mula belajar law?saya teringin nak tahu.reply.

      Delete
  29. Assalam. Sy lulusan diploma kejuruteraan awam politeknik. Sy berminat utk further study dlm jurusan undang2. D mn U yg menawarkn part time law course & bgaimna hndak mmulaknnya? Tq in advnce.

    ReplyDelete
  30. Assalammualaikum sy dpt msk kelas kemahiran memasak di tingkatan 4 boleh ke sy jd peguam?Tapi subjek SN and mt dia biase je X McM sains Tulin ade kimia,sivik,biologi n add math boleh ke?

    ReplyDelete
  31. assalammualaikum saya baru habis spm lepasan 2016 tengah menunggu result saya ambik aliran sastera di sekolah boleh saya tahu subjek kredit untuk masuk ke universiti bagi jurusan undang undang ni?

    ReplyDelete
  32. assalammualaikum saya baru habis spm lepasan 2016 tengah menunggu result saya ambik aliran sastera di sekolah boleh saya tahu subjek kredit untuk masuk ke universiti bagi jurusan undang undang ni?

    ReplyDelete
  33. Sy nk tanya.mcm ni ceritanya.skolah sy hanya menawarkan dua aliran iaitu sains tulen dan aliran akaun.sy xminat sains jdi sy ambil keputusan untuk ambil aliran akaun..sekiranya sy nk jdi peguam ade masalah ke??mohon pencerahan.sbb sy mmg minat undang2.

    ReplyDelete
  34. Sya nk tanye kalau nk jadi law jurusan ape yg perli ambik

    ReplyDelete
  35. saya pelajar STPM. saya berminat untuk ambik jurusan law di peringkat ijazah.syarat kemasukan mengikut pointer keseluruhan atau mengikut certain subjek?

    ReplyDelete
  36. Saya terpegun dengan kisah tersebut

    ReplyDelete
  37. Saya sangat suka untuk menjadi seorang peguam kerana bila saya menjadi peguam saya akan menjadi kaya

    ReplyDelete
  38. Buat research lagi. Kalau awk nak jadi kaya ambil business... course law ni susah and tak menjaminkan pun dpt kaya and debt pun mahal tau..

    ReplyDelete
  39. Hi, saya sekarang berada di ting.3 dan memang hendak menjadi seorang peguam selepas SPM. Bolehkah saya saya mengambil aliran perdagangan di ting.4 untuk menjadi seorang peguam?

    ReplyDelete
  40. Hi,saya nak tanya.Bolehkah saya mengambil law selepas SPM jika saya di aliran perniagaan?

    ReplyDelete
  41. Assalam.Sye nk tnye klau lps SPM nk amik law kena msuk ASASI kan?Then dah msuk ASASI ke mana pulak lps tu??Ramai yg kata klau dah msuk ASASI ianya setaraf mcm diploma...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepasan asasi boleh terus mengambil degree

      Delete
  42. Mase f4 ambik acc tpi x minat x boleh bwk pon bidg tu tapi minat jadi law..cume bi tk berape pro ..layak kee utk jadi peguam?

    ReplyDelete
  43. apa pula perbezaan antara kerjaya sebagai peguam dgn pendakwa raya? saya masih lagi belajar di sekolah menengah dan berminat dengan kerjaya seperti ini..boleh jelaskan untuk saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak tolong jwb..pendkwa raya awak keje dlm mahkamah ..kes dakwa ..ade kes berprofil tggi dn rendah ikut kes.. klau lawyer..bole akses masuk mana mana saja..lawyer bukan sje kene dkt court yer...lawyer ni dkt oil gas company..petronas..dkt s hartanah semua nak pakai utk wat kontrak...apa saja yg terikat dgn kontrak memerlukan lawyer...even kes wasiat pun..jd awak bole go pd byk sgt skop keje...nak tau lebih wsp 011-16930576

      Delete
  44. Sekarang ni kalau saya dapat bm A sejarah A tapi bi b dan matematik kepujian disokong dengan 3 A untuk matapelajaran lain boleh jadi peguam ke? Sebab saya nak masuk uitm...mohon rply ya...saya mengharapkan suara anda semua yang sudah berjaya

    ReplyDelete
  45. Saya berminat nk jadi peguam sejak sekolah menengah. Kawan2 selalu memperkecilkan minat tu. Katanya peguam tu Ahli neraka,tk da emosi.. Lebih lebih lagi Hakim, Kata mereka Hakim pakai rambut putih macam dh beruban. Sy bernasib baik dpt menuju Terus ke aliran perundangan. Syukur.

    ReplyDelete
  46. To be honest saya minat nak jadi peguam sbb interesting masa belajar bab 7 in Sejarah tingktn 5. Alhamdulillah result saya boleh lah orng kata tdk lah pandai cuma saya sering merasakan diri tidak layak untuk menjadi peguam . Kwn kwn saya tak support saya malah pansang rendah pada sy .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allah dik kenapa kawan2 awak truk sgt? awak jgn masuk dlm circle yg negatif ya..jgn la rasa rendh diri..setiap org ada kelebihan masing masing dik..akak kaunselor..pm la akak bole advice bidg yg ok dn nasihat utk awak..motivasi kene crik slalu dik..jgn mengalah.klau minat awak truskan psg tekad yg penting passion tu kene masuk dlm jiwa ya..kite mest yakin tau...rezki Allah tu sgt luas ...jgn hiraukan apa org kata....nak tau lebih wsp la 011-16930576..akak cuba tunjuk laluan ..

      Delete
  47. Saya berminat sangat nak jadi peguam syarie ,peguam syarie ni perlu belajar bahasa arab ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, kat Universiti ada basic class

      Delete
    2. salam, awak ni jurusan syariah dan undang undang ke? saya nak tanya kalau nak jadi peguam syarie laluan dia sama macam peguam biasa ke? 4 years degree + 9 months chambering? mohon pencerahan sebab susah nak cari maklumat pasal peguam syarie ni

      Delete
  48. Diploma apa yg sesuai untuk sambung ijazah law

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Diploma Pentadbiran Awam, UiTM
      2. Diploma Undang Undang, Kolej Universiti Islam Melaka

      Delete
  49. Assalam... Klau nak jadi pendakwa raya, kena masuk form6 (STPM) ke? Ataupun lepas spm kena masuk universiti terus je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apply dulu Asasi Undang Undang di UiTM dan UIAM. Kalau tak dapat, ambil STPM aliran Sastera

      Delete
  50. pd adik2 yg ambik law .tahniah ..sbb bidg ni bgus jer..bole msuk keje mana mana pun...law ni dlm industry oil gas pun nak pakai..sbb nak wat kontrak semua kan.....btw..akak cuma nak share ..klau ade adik2 nak msuk farmasi/business upm dkt widad uni bole pm sis bg info.. satu lg..sis jaga program utk PAKK pendidikan under upsi .rayuan dh dibuka ut bole aply...anythg nak tye or nak mohon bole direct 011-16930576..wsp ler

    ReplyDelete
  51. Akak I dapat Politeknik Kos akauntasi.Kalau i nak buat degree University awam ( undang -undang ) boleh ke?

    ReplyDelete
  52. Lulusan Bachelor of Laws dari luar negara terutama dari University of London yang hanya beroleh 3rd class dan tak boleh ambil CLP atau mereka yang pernah belajar untuk UK program tetapi gagal menamatkan ijazah boleh mempertimbangkan untuk belajar di Bachelor of Jurisprudence University of Malaya.

    Facebook : Bachelor of Jurisprudence University of Malaya
    Email : juris_eksternal@um.edu.my

    Yang ingin belajar Law tetapi telah ada degree dalam bidang lain atau ada Diploma dari IPTA atau IPTS boleh juga memohon. Lepasan STPM atau A- Level juga boleh memohon.
    Kerani di firma guaman di seluruh negara juga boleh memohon asalkan telah berkhidmat di firma guaman tersebut selama 5 tahun( perlukan surat sokongan dari majikan).

    ReplyDelete
  53. hai saya masih lagi belajar di sekolah menegah. Sekolah saya tak ada banyak bidang hanya ada 6[sains tulen, perniagaan, geografi,srt,seni,kemanusiaan]. boleh tolong bagitau tak klau nk ambil undang undang nk kene ambil bidang apa.

    ReplyDelete
  54. say form 4 ambik geog dgn perniagaan lepastu math saya gagal.lepasni saya kena buat ape.saya berminat sangat nak jadi lawyer tapi saya taktau saya kena buat ape

    ReplyDelete
  55. Saya pljr diploma pentadbiran awam d uitm kota kinabalu . Nak tanya , masa ambil degree , for undang² dpt kan?

    ReplyDelete
  56. kalau kita ambik aliran account instead off science dengan sastera?

    ReplyDelete
  57. Kalau ambik jurusan account boleh Ker jdi peguam sbb dia ambik a-math fizik kimia Jr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh awak. Kalau awak ambil jurusan perakaunan di sekolah, awak boleh ambil jurusan undang-undang di universiti. Awak boleh apply for diploma undang-undang or matrikulasi jurusan undang-undang.

      Delete
  58. saya masuk kelas akaun . ad subjek elektif iaitu PERNIAGAAN/ADDMATH dgn TASAWWUR/EKONOMI . bole ke kalau ambik perniagaan & eko jadi lawyer ? hrap balas sebb saya mmg minat sngt law . ad jugak yang kata nak jdi lawyer wajib ambik tasawwur.

    ReplyDelete
  59. Aslm..tumpang tnya,kputusan sy agak baik, tpi sy nk tnya pnting ke pt3 kalau nak jdi lawyer? sy form 4 bru start blajar thn ni krna thn2 yg lpas sy hbiskn dgn menghafz quran..

    ReplyDelete
  60. Assalamualaikum,saya nak tanya,aliran apa yg boleh apply jdi law...?

    ReplyDelete
  61. Sya pun nk jdi peguam tapi saya pernah berputus asa sbb sya pernah lohat cousin sya sndri menarik diri kerana terlampau susah..Saya suka dalam berdebat tapi saya juga tidak tahu kalau lepas lulus spm saya harus pergi ke mana

    ReplyDelete
  62. Hi, penulis blog, sekadar tanya, just in case in future saya jadi guru di sekolah kerajaan, bolehkah saya melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang sebab saya amat berminat? sekiranya di IPTA, bolehkah saya mula dengan ijazah sarjana muda undang-undang ini selepas usia 30 tahun disebabkan usia saya sekarang ialah 30 tahun? IPTA manakah yang penulis blog ini boleh rekomen kepada saya agar saya boleh belajar dalam ijazah sarjana muda undang-undang? Harap penulis blog ini boleh menjawab pertanyaan saya. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete